Out-of-Stock
Suraya punya Zulhairi. Sahabat baiknya sejak kecil. Kerana title sahabat baik itu jugalah dia diminta oleh Mak Cik Khamsiah untuk mencarikan jodoh buat Zulhairi. Suraya bingung. Sungguh dia tak mampu. Bukan kerana dia cintakan Zulhairi, tapi dia tahu Zulhairi cukup tidak suka jika urusan peribadinya dicerobohi. Tapi bila Zulhairi sendiri buka mulut, Suraya terpaksa turun padang, membantu. Namun, urusan mencari jodoh bukanlah mudah dan ternyata dia gagal untuk menolong.
“Mak cik tak nak disebabkan hal-hal kecil macam ni, Su nak tangguhkan rancangan perkahwinan Su dengan Zul.”
Apabila Zulhairi main taktik kotor, Suraya mula menggelupur. Tiba-tiba pula dia menjadi mangsa. Demi Mak Cik Khamsiah yang banyak berjasa, Suraya ikutkan juga rentak Zulhairi. Kemunculan Madihah tepat pada masa. Bersungguh-sungguh Suraya cuba menyatukan Zulhairi dan Madihah demi menyelamatkan diri. Lagi pula, Madihah punya pakej lengkap untuk menjadi calon isteri Zulhairi. Dia pilihan yang tepat!
Dalam diam, Zulhairi juga punya agenda membantu Wafi, memenangi hati Suraya. Seperti Suraya, Zulhairi juga mahu yang terbaik untuk Suraya dan Wafi punya syarat yang cukup untuk itu.
“Sampai bila kau nak harapkan aku aje? Tak mungkin kau nak bergantung pada aku selama-lamanya, kan? Bukan selama-lamanya aku boleh ada di sisi kau.”
Saat Suraya sedar dia mula sukakan Zulhairi lebih daripada seorang kawan, semuanya sudah terlewat. Keputusan takdir menyatakan mereka hanya akan kekal bergelar sahabat. Dan jodoh pula kelihatan seperti mahu menghadiahkan Wafi sebagai teman pengganti. Antara Zulhairi dan Wafi, siapakah jodoh sebenar Suraya? Adakah kawan baik akan kekal sebagai kawan baik? Atau, kawan baik, akan merubah status menjadi suami?
ISBN | 9789673651634 |
Categories | consignment, Fiction/Fiksyen, Malay Books, Novel |
Author(s) | Adah Hamidah |
Publisher | Fajar Pakeer |
Weight | 0.6 kg |