Out-of-Stock
Nor Qaseh Umairah bukanlah gadis cantik yang badannya ramping macam pelakon Eja. Sesetengah mulut jahat panggil dia perempuan gemuk. Yang lebih lagi jahat panggil dia badak sumbu. Tetapi gelarlah dia apa-apa pun, dia tetap jadi kegilaan lelaki. Sayang, hati dia sudah beku untuk mempercayai manusia yang bernama lelaki. S...ebab itulah dia kunci kemas-kemas pintu hatinya buat Qusyairy Adib.
“Aku memang tak ada perasaan untuk orang macam dia.”
Qusyairy Adib. Ya, dialah lelaki yang tergila-gilakan Nor. Daripada mengejar perempuan yang maha cantik, hatinya jatuh suka kepada perempuan yang biasa-biasa. Separuh mati dia mengejar Nor. Tetapi hati gadis itu keras macam batu! Pikat macam-macam cara pun tetap tidak jatuh hati kepada dia. Tercabar sungguh dia rasa. Hei! Mana ada perempuan pernah tolak dia. Nor seorang sahaja yang berani. Mengalah? Itu bukan Qusyairy Adib namanya.
“Sekali awak tolak saya, seribu kali saya akan berusaha. Saya bukan lelaki yang cepat berputus asa tau. Lambat-laun, awak pasti akan jatuh cinta kepada saya jugak.”
Hazmi Indraputra berjaya menemukan cinta lama yang dicari-carinya selama ini. Dengan rasa cinta yang masih bersisa, dia nekad mencuba nasib dan menebus kesilapannya. Tetapi tidak sangka pula rupa-rupanya dia menjadi orang ketiga di antara Nor dan Adib. Ah! Cinta tetap cinta. Mana boleh dia mengaku kalah begitu sahaja.
“Kalau hati dah suka, semua perkara Mie sanggup buat.”
Lalu, apa yang terjadi? Adakah kebencian Nor boleh bertukar menjadi sayang? Berjayakah Adib membuatkan Nor jatuh sayang kepadanya? Dan adakah Azmi berjaya melupuskan kebencian yang bersarang di hati Nor setelah dia berpaling sayang dahulu?
ISBN | 9789673651665 |
Categories | consignment, Fiction/Fiksyen, Malay Books, Novel |
Author(s) | Reeani Annur |
Publisher | Fajar Pakeer |
Weight | 0.44 kg |