Putera Impian

Tengku Firkan belum ditabalkan menjadi raja. Namun, di Sekolah Sri Arena, dia menjadi raja. Dengan kuasa yang ada sebagai anak penyumbang nombor satu, Tengku Firhan bermaharajalela. Namun, putera yang sempurna ini sebenarnya terbeban dengan satu rahsia. Rahsia yang akan menidakkan kesempurnaannya di mata dunia, Di Sri Arena juga berlaku kejadian misteri yang mana seorang demi seorang pelajar disahkan sakit mental. Lebih mencurigakan, mereka terdiri daripada golongan miskin yang diberi biasiswa kerana kemahiran bersukan. Huda tidak pernah bermimpi menjejakkan kaki ke Sri Arena. Namun, kerana mahu membongkar rahsia di sebalik kejadian malang yang menimpa adiknya, Izwan, maka dia memberanikan diri. Huda bertekad, dia tidak akan meninggalkan sekolah itu sebelum bertemu jawapannya.

Product Overview
ISBN 9789675406485
Categories Fiction/Fiksyen, Malay Books, Malay Fiction, Malay Teenage / Young Adult
Author(s) N.J. Neri
Publisher BooKXcess Sdn.Bhd.
Weight 0.22 kg