Nabil & Puteri Nutrisi

PUTERI NUTRISI mengisahkan tentang seorang budak lelaki o berusia 12 tahun yang bernama Nabil, Nabil amat gemar maran sehingga menyebabkan dirinya menjadi obes. Nabil sering diejek oleh rakan-rakan sekolahnya yang lain kerana keadaan fizikalnya yang gemuk dan tidak mampu berlari seperti orang lain. Walaupun telah dinasihati oleh ibu bapanya, Nabil tetap mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan mengabaikan kesihatan diri sehinggalah pada suatu hari Nabil bertemu dengan puteri cantik dari planet asing bernama Puteri Nutrisi. Puteri Nutrisi didatangkan khas dari planet asing untuk membantu Nabil menguruskan badan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Puteri tersebut banyak menasihati Nabil tetapi Nabil tetap berdegil. Puteri Nutrisi juga turut membawa Nabil ke masa depan dengan harapan Nabil akan insaf dan berusaha untuk mengubah dirinya menjadi lebih sihat. Apakah yang berlaku seterusnya? Mampukah Puteri Nutrisi menasihati Nabil supaya mengubah tabiat pemakanannya dan mengamalkan gaya hidup sihat? Atau adakah Nabil tetap meneruskan sikap degilnya dan tidak mengendahkan segala nasihat Puteri tersebut?

Product Overview
ISBN 9789675234149
Categories BX
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Weight 0.13 kg