RM18.00 RM23.00 You save 21% (RM5.00)
Untuk memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, seseorang muslim itu hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan amalan-amalan dan petunjuk daripada Rasulullah. Segala peraturan yang diajar, perbuatan yang dilakukan, perkataan yang dituturkan oleh Rasulullah merupakan contoh terbaik yang perlu dipraktikkan oleh manusia dalam kehidupan mereka. Melalui penerbitan buku ini, pengarang berusaha dengan sebaik mungkin menghasilkan bahan tulisan yang berkaitan dengan amalan-amalan dalam kehidupan Rasulullah dengan persembahan yang ringkas, padat dan mudah difahami. Hampir semua isi kandungan buku ini diambil daripada kitab-kitab ulama muktabar, di samping dalil-dalil yang kuat daripada al-Quran serta berdasarkan hadis-hadis nabi untuk dijadikan panduan kepada kaum muslimin. Oleh itu, adalah diharapkan agar huraian buku ini dapat memberikan petunjuk kepada semua umat manusia ke jalan yang benar dan diredai Allah S.W.T. melalui amalan-amalan sunah Rasulullah dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana semakin banyak sunah Rasulullah yang diamalkan mereka, maka semakin tinggi martabat seseorang itu di sisi Allah S.W.T.
ISBN | 9789833092710 |
Categories | Bacaan Umum, Buku Agama, consignment, Just In, Malay Books |
Author(s) | Siti Sujinah Sarnap |
Publisher | Kualiti Books |
Weight | 0.36 kg |