Privacy Policy (Bahasa)

 

 

 

Dasar Privasi

 

Terima kasih kerana melawat kami di atas talian di https://my.bbwbooks.com/ (“Laman Web”). Jika anda terus melayari dan menggunakan Laman Web, anda dianggap bersetuju dengan Dasar Privasi ini.

Laman Web adalah dikendalikan oleh Big Bad Wolf Books Sdn Bhd (“BBW”). BBW menghormati pelawat-pelawat ke Laman Web dan memperlakukan Data Peribadi anda dengan serius. Dasar Privasi ini berfungsi untuk membimbing anda tentang bagaimana BBW mengumpul, memproses, menggunakan, mendedahkan, memindahkan dan menyimpan Data Peribadi anda. Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti dan fahami hak anda mengenai perkara itu.

Terma-terma “kami” dan “kita” hendaklah merujuk kepada BBW. "Syarikat Big Bad Wolf" hendaklah bermaksud rujukan kepada BBW dan syarikat-syarikat sekutu dan gabungannya. Terma “anda” merujuk kepada para pengunjung yang melawat Laman Web dan/atau memesan menerusi kami melalui Laman Web atau menerusi ejen-ejen perkhidmatan pelanggan kami.

Kecuali dinyatakan sebaliknya, Dasar Privasi ini terpakai kepada semua maklumat yang kami ada mengenai anda dan akaun anda. Untuk tujuan Dasar Privasi ini, rujukan kepada Data Peribadi termasuk “maklumat yang boleh dikenalpasti secara peribadi.” Jika anda memilih untuk melawat Laman Web, lawatan anda dan apa-apa pertikaian ke atas privasi adalah tertakluk kepada Dasar Privasi ini dan Terma-Terma Penggunaan di Laman Web.

 

Pengumpulan dan Pengunaan Data Peribadi

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Dasar Privasi ini menggariskan hak-hak, kepentingan-kepentingan, obligasi-obligasi dan kewajipan-kewajipan kesemua pihak yang terlibat dalam pengumpulan, merekod, memegang, menyimpan atau memproses, mendedahkan maklumat yang mungkin kami kumpul tentang anda menerusi Laman Web atau sub-domain maklumat peribadi dan data yang mungkin dilindungi oleh Akta.

Kami tidak akan mengumpulkan sebarang Data Peribadi tentang anda melainkan anda secara sukarela memilih untuk membekalkan kepada kami dengannya (iaitu dengan mendaftarkan diri anda sebagai ahli Big Bad Wolf, mengakses Laman Web, mengambil bahagian dalam kaji selidik, terlibat di dalam peraduan dan/atau berhubung dengan Perkhidmatan Pelanggan kami dan sebagainya.), memberikan kebenaran yang jelas, atau melainkan dibenarkan sebaliknya oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai untuk melindungi Data Peribadi anda.

 

Data Peribadi yang mungkin kami kumpulkan

BBW mungkin mengumpulkan maklumat peribadi berikut daripada anda apabila anda melawat ke  Laman Web, mendaftar, membuat pesanan di atas talian, menghubungi BBW atau mengambil bahagian dalam promosi atau soal selidik BBW, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: -

  • Nama;
  • Jantina;
  • Nombor kad pengenalan pendaftaran National;
  • Alamat pengeposan;
  • Nombor telefon;
  • Alamat emel;
  • Maklumat kad kredit atau akaun perbankan; dan
  • Lain-lain data peribadi yang penting kepada pendaftaran dan/atau penyediaan akaun anda, kaji selidik, promosi dan/atau tujuan-tujuan lain.

Dalam semua keadaan, butir-butiran yang diminta melalui Laman Web adalah perlu utuk membekalkan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Dalam keadaan-keadaan yang anda tidak membekalkan butir-butiran yang diminta, kami tidak boleh menjamin bahawa maklumat dan perkhidmatan yang dbekalkan akan memuaskan keperluan anda sepenuhnya.

 

Bagaimanakah kami menggunakan Data Peribadi?

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk meningkatkan kandungan Laman Web dengan menggabungkan maklumat yang relevan kepada anda, untuk memberitahu kepada anda perkembangan terkini pihak kami, untuk menghubungi anda bagi tujuan pamasaran dan jualan yang berkaitan khususnya dengan keperluan dan kepentingan/minat anda dan untuk berhubung dengan rakan-rakan kongsi dan/atau ejen-ejen kami. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan organisasi lain untuk sebarang alasan, komersial atau perniagaan tanpa kebenaran jelas terlebih dahulu daripada anda.

Dengan melayari  Lawan Web dan/atau mengklik kotak yang sesuai/sepadan, anda secara jelas, bebas dan tanpa ragu-ragu menerima bahawa butir-butiran anda akan diperlakukan/dipergunakan oleh kami untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Meningkatkan pengalaman membeli belah.
  • Untuk aktiviti pemasaran dan promosi, kaji selidik pasaran, analisis trend dan statistik.
  • Memproses pesanan atas talian anda, termasuk mengirim emel dan/atau pesanan teks untuk memberitahu tentang status penghantaran.
  • Memproses pesanan pengembalian dan pemulangan.
  • Menguruskan akaun anda.
  • Menghubungi anda jika terdapat sebarang masalah dengan sebarang pesanan anda atau untuk urusan-urusan logistik yang lain.
  • Memberi maklum balas kepada segala pertanyaan anda.
  • Menghantar maklumat komersial kepada anda melalui emel, SMS atau MMS untuk memberitahu kepada anda berkenaan produk-produk baru kami, lokasi-lokasi kedai yang baru, tawaran-tawaran istimewa dan berita-berita berkaitan dengan Laman Web dan/atau Syarikat Big Bad Wolf secara amnya.
  • Memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk-produk kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada Syarikat Big Bad Wolf.
  • Untuk penyelenggaraan dan simpanan rekod pelanggan.
  • Untuk pentaksiran kredit, kewangan dan penyiasatan latar belakang apabila dianggap perlu.
  • Untuk mentadbir penglibatan dalam mana-mana peraduan/program yang berkaitan dengan orang awam yang dianjurkan oleh kami.
  • Untuk tujuan keselamatan dan mengelakkan jenayah, pengurusan risiko, melindungi Syarikat Big Bad Wolf sekiranya apa-apa tuntutan, litigasi, guaman dan sebagainya.
  • Untuk menguruskan laporan tentang kehilangan barangan, aduan pelanggan dan mengambil tindakan yang sewajarnya berkaitan dengannya.

 

Memindahkan Data Peribadi di luar Malaysia

Ia mungkin adalah perlu, jika diperlukan untuk tujuan yang disebutkan sebelumnya untuk memindahkan Data Peribadi anda ke lokasi di luar Malaysia atau untuk mendedahkan kepada Syarikat Big Bad Wolf yang lain, rakan niaga, penyedia perkhidmatan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan, yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia. Kecuali yang telah dinyatakan di atas, Data Peribadi anda tidak akan secara sengaja dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau secara sengaja didedahkan kepada pihak ketiga yang tidak perlu.

 

Pautan kepada Laman Web Pihak Ketiga

Laman Web mungkin mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga yang lain yang polisi kerahsiaannya adalah berlainan daripada Dasar Privasi ini.  Akibatnya, Syarikat Big Bad Wolf tidak akan bertanggungjawab untuk kandungan dan amalan laman-laman web yang dipautkan. Kami menasihati anda untuk memeriksa dasar kerahsiaan mana-mana laman web yang anda akses melalui Laman Web. Data Peribadi yang anda pilih untuk beri kepada pihak-pihak ketiga yang tidak berkaitan adalah dilindungi oleh dasar privasi mereka, bukan Dasar Privasi ini.

Jika anda menggunakan ruang sembang di Laman Web, anda seharusnya sedar bahawa sebarang Data Peribadi yang anda kirimkan di sana dapat dibaca, dikumpulkan, dan digunakan oleh pengguna-pengguna lain forum ini dan boleh juga digunakan untuk mengirim kepada anda pesanan yang tidak diminta. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk Data Peribadi yang anda pilih untuk sertakan di dalamnya.

 

Komunikasi emel

Untuk membolehkan anda memanfaatkan peluang-peluang yang berkaitan di Laman Web, kami akan menghantar kepada anda emel yang mengandungi maklumat tentang buku yang berkaitan dengan minat anda. Sebagai contoh, jika anda telah menyempurnakan carian untuk sebuah buku berkenaan dengan reka bentuk rumah di Laman Web dan telah menyimpan troli anda atau sebaliknya belum membeli buku anda, kami mungkin mengirim kepada anda suatu pesanan emel yang mengingatkan anda tentang barangan yang disimpan atau tentang reka bentuk rumah. Begitu juga, jika anda menerima suatu emel daripada kami tentang reka bentuk rumah dan menunjukkan minat dalam seni reka dengan mengklik secara tegas pada pautan tentang seni reka di dalam emel, anda mungkin menerima suatu emel tentang buku-buku seni bina atas tawaran atau maklumat lain. Kami percaya emel-emel ini akan membekalkan kepada anda maklumat yang berguna tentang tawaran khas buku yang berkaitan yang boleh didapati menerusi Laman Web. Sila ambil perhatian bahawa anda akan mempunyai peluang untuk memilih supaya tidak menerima pesanan-pesanan emel ini dalam emel sebegitu yang kami hantar.

 

Perlindungan Data Peribadi

Yakinlah bahawa kami mengambil langkah-langkah yang perlu, dalam kedua-dua pentadbiran dan teknikal, untuk menghalang dan menjaga Data Peribadi anda terhadap kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses, pendedahan, penggunaan, penggantian atau kemusnahan tanpa kebenaran. Kesemua transaksi melalui Laman Web akan dilaksanakan melalui sistem bayaran yang selamat.

 

Penahanan Data Peribadi dan Akses

Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang anda bekalkan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa Data Peribadi sebegitu sentiasa dikemaskini.  Kami mungkin meminta bantuan anda untuk mendapatkan kebenaran pihak ketiga yang mana Data Peribadi dibekalkan oleh anda kepada kami dan anda bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk berbuat demikian.

Kami akan berusaha untuk memudahkan anda menyimpan maklumat anda dengan tepat, lengkap dan terkini dengan mengakses halaman Profil Saya di Laman Web. Kami akan menyimpan data peribadi anda untuk jangka masa yang diperlukan untuk memenuhi pelbagai tujuan yang berlainan yang dirangka dalam Dasar Privasi ini kecuali tempoh penyimpanan yang lebih lama dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang.

Anda boleh pada bila-bila masa membuat permintaan bertulis kepada kami untuk membetulkan sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau lapuk dan kami akan, setelah menerima permintaan bertulis untuk pembetulan, mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memberi kesan kepada pembetulan tersebut.

Kami menyimpan dan memproses Data Peribadi di persekitaran yang selamat di dalam negara atau wilayah di mana ia dikumpulkan. Demi untuk menyediakan perkhidmatan kami, kami mesti memindahkan Data Peribadi anda ke negara-negara di mana pembekal pihak ketiga kami berada. Pemindahan sebegitu Data Peribadi akan dilakukan selaras dengan undang-undang perlindungan data setempat. Anda dengan ini memahami dan membenarkan pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia, jika berkenaan seperti yang dijelaskan di sini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan ini, sila kirimkan notis bertulis kepada kami ke emel yang dinyatakan di bawah.

 

Anak-Anak

Kami mungkin secara tidak sengaja mengumpulkan Data Peribadi daripada anak-anak tanpa kebenaran ibu bapa terlebih dahulu jika diperlukan oleh undang-undang yang terpakai. Kami hanya akan menggunakan atau mendedahkan Data Peribadi mengenai anak setakat mana yang diizinkan oleh undang-undang, untuk meminta persetujuan ibu bapa menurut undang-undang dan peraturan tempatan atau untuk melindungi anak. Definisi “anak” atau “anak-anak” hendaklah sesuai dengan undang-undang tempatan yang terpakai.

 

Penarikan Kebenaran

Walau apa pun yang bertentangan, anda boleh pada bila-bila masa menarik balik kebenaran anda kepada kami yang memproses sebarang Data Peribadi atau mana-mana bahagian atau bahagian yang sama dengan mengirim kepada kami notis penarikan balik bertulis kepada emel yang dinyatakan di bawah dan dalam tempoh yang dinyatakan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kami akan mengambil kesemua langkah yang perlu untuk memberi kesan kepada penarikan balik kebenaran, setakat bahawa penarikan balik tersebut tidak akan bercanggah dengan apa-apa kewajipan undang-undang kami yang lain.

Sekiranya anda tidak berhasrat untuk data peribadi anda dikongsi dengan mana-mana pihak yang lain atau jika anda tidak berhasrat untuk diminta untuk produk-produk yang ditawarkan oleh kami, sila maklumkan kepada kami secara bertulis ke emel yang dinyatakan di bawah.

Anda hendaklah, setelah meminta secara bertulis kepada kami, diberikan akses untuk kesemua Data Peribadi yang dipegang atau disimpan atau diproses oleh kami. Untuk mengelakkan keraguan, perkataan “akses” untuk tujuan Dasar Privasi ini hendaklah bermaksud pemberitahuan Data Peribadi sebegitu yang diproses oleh atau bagi pihak kami dan untuk mempunyai satu salinan data peribadi sebegitu yang disampaikan kepada anda dalam bentuk dan cara pilihan kami.

 

Perubahan kepada Dasar Privasi Ini

Kami akan mengemaskini dasar dan terma-terma perniagaan kami dari semasa ke semasa; justeru kami menasihati anda untuk memeriksa Laman Web kami dan memeriksa halaman ini setiap masa untuk sentiasa mendapat maklumat terkini.

 

Hubungi kami

Kami akan memberikan maklum balas kepada pertanyaan munasabah anda untuk mengkaji Data Peribadi anda dan untuk membetulkan, meminda atau memadam sebarang ketidaptepatan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Dasar Privasi ini, sila hubungi kami di alamat berikut atau hubungi perkhidmatan pelanggan kami: 

 

Big Bad Wolf Books Sdn Bhd

Wolf House, 5 Jalan Trompet 33/8,

Taman Alam Indah, Seksyen 33,

40400, Shah Alam, Selangor, Malaysia

 

Perkhidmatan Pelanggan:

E-mel: supportmy@bigbadwolfbooks.com

Nombor Telefon: 03-5614 4664

 

Kami percaya bahawa anda akan membenarkan untuk memproses Data Peribadi anda.  Dengan membekalkan Data Peribadi anda kepada kami, anda telah mengisytiharkan bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima kenyataan-kenyataan dan terma-terma yang terkandung di sini. Terima kasih sekali lagi kerana melawat Laman Web dan meletakkan kepercayan kepada kami.