Tirai Semalam

TIRAI SEMALAM terhasil dari pengalaman dan imaginasi saya semasa berada di Negara Matahari Terbit. Keindahan bunga sakura yang melambai-lambai dek hembusan angin mencetuskan rindu Aini pada Yashu Oshitaro. Dan juga cinta monyet kepada Aini dan Ady. Pada masa yang sama kawan baik Aini, iaitu Danish menaruh hati kepada gadis ini sejak mula-mula belajar di Negara Matahari Terbit. Namun takdir menentukan segalanya, kebahagiaan yang dinanti-nantikan Aini, musnah. Ady terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dia turut terkorban. Aini hilang punca dan Danishlah yang banyak memberi semangat pada gadis ini. Sehinggalah Aini akur dengan ketentuan llahi. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah cinta yang luhur dan murni tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Kita hanya merancang namun Allah menentukannya.

Product Overview
ISBN 9789675234217
Categories Malay Books, Malay Fiction, Malay General Fiction, Newest Arrivals
Author(s) AZ CORP COMICS
Publisher AZ CORP COMICS
Weight 0.32 kg