Out-of-Stock
Perangkap Rumah Kosong
Dr. Wilson masih lagi bersedih dengan kematian Sherlock Holmes walaupun sudah tiga tahun kejadian di Reichenbach Falls itu berlaku. Semasa sedang menyiasat satu kes, Watson bertembung dengan seorang tua pelik pengumpul buku-buku lama di satu jalan. Lebih mengejutkan, lelaki tua itu datang mencarinya di rumah. Apakah kaitan lelaki tua itu dengan Sherlock Holmes? Apakah nyawa Dr. Watson kini terancam?
Jurubina dari Norwood
Sherlock Holmes dan Dr. Watson dikunjungi seorang peguam muda, John Hector McFarlane yang dalam keadaan cemas kerana dituduh membunuh kliennya, Jonas Oldacre. Dia adalah orang terakhir yang dilihat berada bersama Jonas Oldacre, dan segala bukti yang ada menunjukkan dia adalah pembunuhnya. Lestrade sudah bersedia menangkapnya. Walau bagaimanapun, Sherlock Holmes dapat menghidu sesuatu yang pelik tentang kes itu. Benarkah John Hector McFarlane adalah seorang pembunuh?
Rahsia Orang Menari
Hilton Cubitt datang ke Baker Street dan menunjukkannya sekeping kertas yang terlukis beberapa orang lidi. Cubitt menerangkan yang dia baru berkahwin dengan seorang perempuan Amerika bernama Elsie Patrick. Rumah tangga mereka aman bahagia sehinggalah kertas-kertas yang mengandungi lukisan orang lidi itu tiba ke rumah mereka. Sherlock Holmes meneliti lukisan yang seperti hasil kerja tangan kanak-kanak itu dan merasakan ada sesuatu yang jahat terpendam di dalamnya. Dapatkah Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan misteri ini?
Ketiga-tiga kisah ini telah dimuatkan dalam jilid The Return of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1905.
ISBN | 9789673694693 |
Categories | consignment, Fiction/Fiksyen, Malay Books, Novel, Novel Misteri / Thriller |
Author(s) | Penerbit X |
Publisher | Sir Arthur Conan Doyle |
Weight | 0.11 kg |