Pengintip Kota Syam

Nabi Muhammad memerintahkan dia dan seorang sahabat lain bernama Said bin Thabit menjadi pengintip di Syam. Syam adalah pusat perniagaan yang maju pada masa itu. Nabi Muhammad pernah berniaga ke Syam semasa beliau berumur 12 tahun.

Nabi Muhammad berkata, “Saya ingin tahu, apakah aktiviti perniagaan orang Quraisy di Syam? Saya juga ingin tahu, siapakah yang menjadi ketua misi perdagangan puak Quraisy?” Selepas itu, Talhah dan Said berangkat ke Syam.

Syam kini adalah gabungan kawasan negara Syiria, Jordan, Palestine dan Lubnan. Ia menjadi pusat perdagangan selain Mekah dan Yaman. Pedagang Mekah sering berulang-alik ke Syam di utara Mekah pada musim panas dan Yaman di selatan Mekah pada musim sejuk. Namun, pada tahun 2 Hijrah, Nabi Muhammad memerintahkan Talhah bin Ubaidillah dan Said bin Thabit menjadi pengintip di Kota Syam. Apakah misi mereka?

Product Overview
ISBN 9789831923900
Categories BX
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Weight 0.16 kg