Naga: Serangan Kulat

Zaman lalu, dunia ini aman kerana dijaga empat ekor naga. Naga-naga ini menjaga kawasan masing-masing di setiap sudut dunia. Namun, kemunculan raksasa ular yang bernama Cobra mengundang malapetaka. Seekor naga tidak mampu melawan raksasa ganas itu. Ia memaksa kesemua naga bergabung menentang raksasa ganas itu. Raksasa itu tumpas tetapi ditukar dengan harga yang amat mahal. Kesemua naga itu kehilangan kuasa dan terus hilang di muka bumi. Sejak itu, tiada lagi pengawal dunia.

Hari ini, sejarah itu bakal berulang. Raksasa ular itu kembali, tetapi dengan rupa manusia. Nama manusianya adalah, Tuan Cobra. Tuan Cobra sama seperti raksasa naga, mahu merosakkan bumi. Kali ini, caranya lebih teratur. Dia merancang mahu memukau manusia dengan menggunakan Kulat!

Product Overview
ISBN 9789833654536
Categories Fiction/Fiksyen, Malay Books, Malay Fiction, Malay Science Fiction / Horror, Malay Teenage / Young Adult
Publisher BooKXcess Sdn.Bhd.
Weight 0.175 kg