Merimbun Kasih

Perpisahan itu membuatkan Sara Sarina nanar. Menjadikan Sara Sarina lupa bahawa setiap yang terjadi adalah ketentuan llahi. Manusia hanya merancang... Sara Sarina mencuri-curi ruang. Mengisinya dengan hal dan masalah. Dia uji batas kesabaran sang ayah yang kasihkannya tanpa jemu. Dia duga ketabahan ibu dan adik tiri yang begitu ingin mendampingi dan menyayanginya. Di samping Pyan, Sara Sarina terasa dihargai. Di sisinya dia terasa dicintai. Mengenali Pyan mengajar Sara Sarina erti cinta sejati. Tanpa dia sedari sebenarnya dia hanya bertepuk tangan sendiri. Dia lupa dan alpa. Baginya dosa dan noda tiada erti. Asyiknya tidak terperi. Namun hakikatnya keasyikan itu bagai duri. Bagai sembilu menghiris hati. Sara Sarina terperangkap dalam dunia ciptaannya sendiri. Memaksa dia pulang ke pangkal jalan, mendapatkan ayah dan ibu tiri. Syukur pada llahi... walau seribu ulah dan kerenah, Sara Sarina tetap disambut pulang sementelah perginya tidak pernah dihalau. Kesedaran bertapak dalam diri. Intaian kisah semalam dicampak ke tepi.

Product Overview
ISBN 9789833880232
Categories Fiction/Fiksyen, Malay Books, Malay Fiction, Malay Romance
Publisher BooKXcess Sdn.Bhd.
Weight 0.58 kg