Out-of-Stock
Hati adalah tempat bersemayam segala perasaan: suka, duka, cinta, benci, marah, buruk sangka, ingin dipuji dan sebagainya. Perasaan perasaan ini bergolak dan berubah sangat cepat di dalam hati. Jika hati dikuasai oleh perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negatif, amal yang lahir adalah keburukan. Kerana itu, Rasulullah bersabda, Sesungguhnya di dalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. Ketahuilah, ia adalah hati. (Hadis Riwayat Ahmad).
Tujuh Penyakit Hati:
1. Membanggakan diri (al-ujub)
2. Terpedaya dengan perasaan sendiri (al-ghurur)
3. Sombong atau bongkak (at-takabbur)
4. Suka menunjuk-nunjuk (al-riya')
5. Buruk sangka (su' al-zhann)
6. Kikir (al-syuhh)
7. Dendam (al-hiqd)
Sesiapa yang memiliki azam yang kuat agar hatinya bersih tak ternoda, sehingga melahirkan amal-amal soleh nan mulia, buku ini amat berharga sekali untuk dibaca.
ISBN | 9789833092802 |
Categories | Bacaan Umum, Bacaan Umum Lain-Lain, consignment, Just In, Malay Books, Pembangunan Diri |
Author(s) | Syed Mahazir Shariff Ahmad |
Publisher | Kualiti Books |
Weight | 0.265 kg |