Out-of-Stock
Sebuah novel daripada Isa Kamari yang cuba mencari pertalian
antara aspirasi dan keinginan yang hidup dalam jÙwa dan minda
manusia dengan gejala budaya sosial, politik dan ekonomi yang
berlaku di luar dirinya. Pendekatan psikologi ini adalah
jawapannya pada pelbagai masalah keasingan dan penghakisan
nilai yang kita alami akibat serangan kemodenan dan teknologi.
Banyak tempat berehat dan renungan dalam perjalanan yang
berliku ini. Oleh kerana itu Menara tidak usah dipanjat dengan
terburu-buru. Menara adalah tantangan dan antitesis pada
ketergesaan dan keterasingan hidup kita selama ini.
Kenikmatan menghayatinya bergantung pada persediaan serta
tahap mana tanggapan dan pemahaman ditebuk dan dicerna.
Daripada satu aspek Menara berusaha mencipta khalayak
pembaca yang juga pemikir serius dan peneroka yang berani.
Tentunya setiap pembaca akan memanjat Menaranya yang
tersendiri. Puncak yang tercapaà juga berlainan ketinggiannya.
Selamat mendaki.
ISBN | 9789833892617 |
Categories | BX |
Publisher | BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online) |
Weight | 0.175 kg |