Out-of-Stock
Ikin menjadi semakin bingung. Kenapa dengan dirinya? Haruskah dia terus membiarkan diri diheret kenangan silam yang menyakitkan dengan membiarkan kesedihan terus bersarang dan bermukim di hati tanpa mahu mencari penawarnya? Dia tahu dia tidak sepatutnya meneruskan kehidupan yang sebegitu. Dia nanar memikirkan persoalan itu. Haruskah dibiarkan, tanpa mahu mencari jalan penyelesaian? Dia bimbang nanti diri umpama sebuah pelabuhan sepi. Dia ingin mencari bahagia tapi dalam waktu yang sama dia takut melukakan hati insan yang mencintainya. Jadi., apa yang harus dilakukannya?
ISBN | 9789833880188 |
Categories | Fiction/Fiksyen, Malay Books, Malay Fiction, Malay Romance |
Publisher | BooKXcess Sdn.Bhd. |
Weight | 0.5 kg |