Out-of-Stock
PEPATAH Melayu ada mengatakan bahawa 'Berkawan biar beribu tapi berkasih biar satu! Aisyah, gadis genit yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah telah berkawan dengan Amri seorang pemuda yang berhati mulia. Perkenalan mereka bermula di tempat kerja hinggalah mereka menjadi rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Namun percintaan mereka terputus di tengah jalan bila keluarga Amri menyuruh dia pulang ke kampung dan berhenti kerja secara tiba-tiba. Amri terpaksa akur dengan permintaan orang tuanya kerana dia seorang sahaja anak pasangan itu. Aisyah begitu kecewa dengan sikap Amri namun dia tetap berharap agar impian kasih yang disemai akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Setelah Amri meninggalkannya, Aisyah menjadi resah-gelisah. Segala kerja yang dilakukan tidak sehebat dulu, sentiasa lambat. Eksekutif baru, iaitu Azam Harris cuba mengintai taman hatinya walaupun dia tahu cinta Aisyah begitu kental terhadap Amri. Azam Harris tidak berputus asa. Dia selalu memberi kata-kata perangsang hinggakan Aisyah sudah mula melupakan Amri. Bila cinta mula berputik terhadap Azam Harris tiba-tiba Aisyah mendapat tahu yang Azam Harris adalah bekas teman lelaki Lelasari, iaitu teman yang tinggal serumah dengannya. Fikiran Aisyah menjadi buntu. Tidak tahu mana satu yang harus dipilih? Sama ada Amri ataupun Azam Harris? Kedua-dua jejaka ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Mampukah Aisyah menanganinya? Sedangkan harapan di hati kian bercambah kepada kedua-dua jejaka itu.
ISBN | 9789833669301 |
Categories | Fiction/Fiksyen, Malay Books, Malay Fiction, Malay Romance |
Author(s) | Ami Amilia |
Publisher | BooKXcess Sdn.Bhd. |
Weight | 0.29 kg |