Out-of-Stock
Lantaran terlalu memburu cita-cita Nur Insyirah telah mengabaikan rumah tangganya, memberi peluang kepada Zafran bermain kayu tiga dengan wanita lain. Dalam keterpaksaan Zafran terpaksa menceraikan Nur Insyirah kerana Nur Insyirah sudah tidak sanggup untuk tinggal sebumbung bersama seorang suami yang tidak setia. Kasih Nur Insyirah terhadap Zafran tidak pernah sirna meskipun rumah tangga mereka telah terpisah dengan talak satu. Nur Insyirah tidak bertepuk sebelah tangan, bilamana bekas suaminya itu juga masih mendambakan kasihnya walaupun sering tertewas dengan pujukan dan godaan majikannya, Datin Julia. Naufal hadir dalam kesamaran dan kepuraan kasih Zafran. Memberi pilihan buat Nur Insyirah yang sering mencari kesetiaan dan kejujuran dalam percintaan. Pun begitu, lelaki yang baru kematian tunang itu terlalu polos, sering membuatkan Nur Insyirah meneka dalam kesamaran. Nur Insyirah keliru, sama ada dia mencintai Naufal atau hanya menyenangi lelaki itu sebagai sahabat lantaran sikap Naufal yang luhur dan selalu memahami serta menghormati perasaannya sebagai wanita.
ISBN | 9789833880256 |
Categories | Fiction/Fiksyen, Malay Books, Malay Fiction, Malay Romance |
Author(s) | Umaira Dzul Widad |
Publisher | BooKXcess Sdn.Bhd. |
Weight | 0.42 kg |