Cinta Tak Beralih

BILA hati asyik diusik rindu, jiwa sering di belai debaran... pe rasaan apa lagi yang sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dengan rasa indah yang dimilikinya itu. Menatap Shaqril yang sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup untuk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja untuk dicuci. Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shagril sebenarnya dalam dilema. Kasihnya melimpah untuk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yang diatur keluarga tidak mampu dibantah. Hari yang dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi.

Product Overview
ISBN 9789831245620
Categories BX
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Weight 0.38 kg