Benci Tapi Rindu

Impian Norziati hendak menjadi model akhirnya tercapai apabila Agensi Syaferry membuat uji bakat secara terbuka. Namun, Syafrizal pemilik agensi itu telah menolak Norziati bulat-bulat dek kerana wajah gadis itu tidak memenuhi kriteria yang dicari oleh agensinya walaupun bakat Norziati memang menyerlah. Norziati tidak berputus asa. Cabaran Syafrizal diterima dan dia datang semula untuk sesi uji bakat. Dan, rezeki memang di situ. Perbalahan demi perbalahan sering terjadi antara Syafrizal dan Norziati walaupun gadis ity sudah melakukan yang terbaik untuk agensinya. Tidak cukup dengan itu, gelaran demi gelaran saling dilemparkan di antara satu sama lain, membuatkan agensi itu tidak sunyi dengan kerenah kedua-duanya yang amat mencuit hati. Sehingga bilakah perbalahan ini akan berakhir? Walaupun bibir mengucap benci namun masihkah ada rindu yang hadir di antara mereka berdua?

Product Overview
ISBN 9789833880621
Categories BX
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Weight 0.12 kg