Out-of-Stock
Buku ini membawa pembaca berfikir tentang kedudukan sebenar konsep miskin dan kaya. Pelbagai pendapat dan cetusan pemikiran dewasa kini mewujudkan pro dan kontra terhadap nilai sebenar miskin dan kaya. Sememangnya kesemua mereka adalah benar kecuali segolongan mereka yang begitu bersangka buruk terhadap status ini malah menyalahkan keadaan sedangkan mereka hanya melihat dari sudut masing-masing yang jelas berbeza untuk menelah situasi yang berlawanan
Secara umumnya pembaca akan dibawa secara alan ilmiah bukan dengan berprasangka. Seperti yang dicetuskan oleh penulis, "Sejarah membuktikan bahawa kemiskinan dan kekayaan wujud beriringan pada zaman Rasulullah Jika kemiskinan diertikan pembangunan, kenapa Rasulullah membiarkan keadaan masyarakat ketika itu ada yang miskin dan ada yang kaya? Persoalan ini sangat menarik untuk diteliti dan dikaji secara ilmiah, kerana masyarakat yang dibina oleh Rasulullah adalah model terbaik masyarakat yang perlu diikuti. Tentu ada rahsia di sebalik sikap Rasulullah itu.
Editor Ustaz Muhamed Hatta Selamat
ISBN | 9789670506098 |
Categories | Bacaan Umum, Buku Agama, consignment, Just In, Malay Books |
Author(s) | Adil Akhyar |
Publisher | Kualiti Books |
Weight | 0.305 kg |