-62%

Sebuku Roti Penebus Dosa

29 copies left

Pada masa dahulu, di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah . Dia melakukan ibadah itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadah itu tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah ditentukannya.

Suatu hari dia digoda oleh seorang wanita. Dia tergoda dalam pujuk rayu wanita itu lalu mereka terjatuh ke dalam dosa. Setelah dia menyedari akan kesalahannya itu, maka dia bertaubat. Dia meninggalkan tempat ibadahnya itu, lalu mengembara sambil mengerjakan solat dan bertaubat.

Akhirnya, dia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya terdapat dua belas orang fakir miskin. Lelaki itu berhasrat untuk menumpang tidur di sana kerana berasa sangat letih setelah berjalan jauh. Di situ tinggal seorang pendita yang selalu bersedekah roti dan roti inilah yang kemudian dapat menebusnya dari dosa.

Bagaimanakah kisahnya? Mari semak dalam buku ini.

Product Overview
ISBN 9789670506265
Categories Bacaan Umum, Buku Agama, consignment, Just In, Malay Books
Author(s) Syed Mahadzir
Publisher Kualiti Books
Weight 0.24 kg