Out-of-Stock
Buku ini merungkai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap daripada kita dan bagaimana untuk menghadapinya.
Hampir setiap kandungan buku ini lahir daripada pengalaman dan kisah-kisah hidup beberapa orang individu daripada pelbagai lapisan masyarakat. Laluinya dengan minda yang positif dan aktiviti seharian yang membawa manfaat kepada diri sendiri tetapi dengan penyebaran aura dan faedah kepada orang di sekeliling. Setiap insan yang mengakui milik ALLAH haruslah berpegang teguh pada ayat-ayat suci Allah iaitu al-Quran dan hadis kerana setiap yang berlaku tidak boleh dipisahkan daripada ketentuan-NYA.
Apa sahaja yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya, setiap satunya menguji kebijaksanaan kita mentafsirkannya tanpa pandangan negatif dan peribadi yang defensif. Akhirnya, setiap daripada kita pasti akan didefinisikan melalui cara bertindak dan berfikir.
ISBN | 9789831248416 |
Categories | BX |
Publisher | BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online) |
Weight | 0.21 kg |